Pemandu lesen percubaan cuba menelan lesen memandunya bagi mengelak disaman polis di Guizhou, China. - Foto You Tube
Pemandu lesen percubaan cuba menelan lesen memandunya bagi mengelak disaman polis di Guizhou, China. - Foto You Tube
Agensi

DEMI mengelak disaman polis trafik, seorang lelaki di Guizhou, China, sanggup memakan lesen memandunya selepas merampas lesen itu daripada anggota polis terbabit.

Bagaimanapun, selepas mengunyah, dia gagal menelan lesen memandu berkenaan dan terpaksa mengeluarkan dokumen itu dari mulutnya.

Menurut laporan akhbar Guiyang Evening Post, lelaki itu yang baru lulus ujian memandu dan memiliki lesen memandu percubaan, ditahan polis untuk pemeriksaan biasa berhampiran plaza tol di Lebuh raya Dao Zhen-Weng An.

Bagaimanapun, polis mendapati pikap dipandunya tidak dihantar untuk pemeriksaan dan dia juga tidak mempamerkan plat percubaan.

Lelaki itu merayu kepada anggota polis namun tdak dilayan menyebabkan dia cuba memakan lesen memandunya.

Menurut laporan itu, lelaki itu akhirnya disaman 400 yuan (RM246) dan merit lesen percubaannya ditolak 15 mata.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 January 2018 @ 6:24 PM