MARIA Herrera tidak putus asa mencari empat anak lelakinya yang hilang.
MARIA Herrera tidak putus asa mencari empat anak lelakinya yang hilang.
MARIO Vergara menunjukkan kain rentang gambar abangnya yang hilang.
MARIO Vergara menunjukkan kain rentang gambar abangnya yang hilang.
ANGGOTA polis menjaga keselamatan sukarelawan yang terbabit dalam aktviti mencari mangsa hilang.
ANGGOTA polis menjaga keselamatan sukarelawan yang terbabit dalam aktviti mencari mangsa hilang.
Sesiapa berusaha menjejak orang tersayang yang hilang turut membahayakan diri sendiri apabila mereka sendiri juga berpotensi lenyap tanpa berita.
Sesiapa berusaha menjejak orang tersayang yang hilang turut membahayakan diri sendiri apabila mereka sendiri juga berpotensi lenyap tanpa berita.
AFP

LEBIH 40,000 individu dilaporkan hilang di Mexico sejak kerajaan melancarkan operasi melumpuhkan kartel dadah pada 2016.

Malangnya, sesiapa berusaha menjejak orang tersayang yang hilang turut membahayakan diri sendiri apabila mereka sendiri juga berpotensi lenyap tanpa berita.

Maria Herrera antara mangsa peristiwa tragis seperti itu kerana dua kali berdepan malang apabila anaknya yang cuba mencari adik-beradik hilang juga gagal dikesan.

Biarpun sedekad sudah berlalu, Maria yang kini berusia 70 tahun belum berputus asa untuk mengetahui nasib sebenar empat anak lelakinya yang hilang tanpa sebarang berita dalam dua kejadian berasingan.

Anaknya, Jesus Salvador dan Raul bersama lima pekerja di Guerrero hilang pada 2008 manakala Gustavo dan Luis Armando lesap dua tahun kemudian ketika cuba menjejaki adik mereka.

Meskipun harapan untuk menemui empat anaknya hidup amat tipis, ibu kepada lapan anak itu itu berharap sekurang-kurangnya dapat membawa pulang mayat mereka ke kampung halaman.

Usia tidak menjadi penghalang malah Maria kerap menggagahkan diri menyertai pasukan sukarelawan sejak 2016 untuk mencari individu yang hilang dipercayai ditangkap kumpulan kartel atau polis korup.

Bercerita semula kejadian pertama dua adiknya hilang, anak sulung Maria, Juan Carlos berkata Jesus dan Raul yang pada ketika itu berusia 24 serta 19 tahun bersama lima pekerja mereka ke Guerrero untuk urusan perniagaan.

“Mereka menaiki kereta SUV dan membawa bersama wang tunai berserta emas bernilai AS$90,000 (RM366,660). Ketika itu, mereka tidak mengetahui berlaku peperangan besar antara kumpulan kartel dan kami percaya mereka ditangkap polis korup kerana disangka ahli kumpulan kartel saingan,” katanya.

Kecewa pihak kuasa lambat menyelesaikan kes itu, keluarga Herrera mengupah penyiasat peribadi untuk membantu mereka sementara Gustavo dan Luis menggunakan peluang urusan perniagaan di sekitar Mexico untuk menjejaki adik mereka.

Bagaimanapun, pada 22 September 2010, Gustavo dan Luis ditahan polis di Poza Rica, timur Veracruz yang juga antara ‘lubuk’ panas kartel.

Guerrero bukan tempat aman kerana kerap tercetus keganasan. Malah empat tahun lalu 43 pelajar yang menyertai bantahan di negeri itu hilang dipercayai diserahkan kepada kumpulan kartel untuk ‘diuruskan’ selepas ditahan polis.

Dianggarkan lebih 1,000 kubur tidak bertanda di Mexico dan Presiden Andres Manuel Lopez Obrador mendedahkan terdapat 26,000 rekod mayat tanpa identiti dalam sistem forensik negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Mac 2019 @ 6:01 AM