OCHOA meraikan kemenangan 1-0 Mexico ke atas Jerman di Piala Dunia Rusia 2018. FOTO fail AFP
OCHOA meraikan kemenangan 1-0 Mexico ke atas Jerman di Piala Dunia Rusia 2018. FOTO fail AFP
AFP

Mexico City: Jurulatih Mexico, Gerardo Martino menamakan skuad akhir ke Qatar, hari ini, dengan penjaga gol veteran, Guillermo Ochoa dan pemain tengah, Andres Guardado bakal menyertai Piala Dunia kali kelima.

Guardado, 36, yang bermain untuk kelab Sepanyol, Real Betis antara sembilan pemain berpangkalan di Eropah yang dipanggil oleh Martino, yang berharap dapat membawa Mexico ke suku akhir Piala Dunia kali pertama dalam tempoh lebih tiga dekad.

Ochoa, 37, adalah penjaga gol skuad kebangsaan Mexico yang memiliki cap antarabangsa terbanyak dan disanjung di Piala Dunia 2014 apabila beraksi cemerlang ketika seri 0-0 dengan Brazil.

Seperti dijangkakan, pemain sayap, Jesus Corona diketepikan kerana patah kaki dan koyak ligamen pergelangan kaki ketika berlatih bersama kelabnya, Sevilla.

Penyerang veteran, Javier Hernandez yang beraksi bersama Los Angeles Galaxy turut diketepikan selepas bermain di tiga Piala Dunia terakhir.

Mexico yang berada dalam Kumpulan C di Qatar 2022 akan membuka tirai kempen menentang Poland pada 22 November diikuti Argentina pada 26 November dan Arab Saudi pada 30 November.

SENARAI PEMAIN MEXICO

Penjaga gol: Rodolfo Cota (Leon), Guillermo Ochoa (America), Alfredo Talavera (Juarez).

Pemain pertahanan: Kevin Alvarez (Pachuca), Nestor Araujo (America), Gerardo Arteaga (Genk/BEL), Jesus Gallardo (Monterrey), Hector Moreno (Monterrey), Cesar Montes (Monterrey), Jorge Sanchez (Ajax/BEL), Johan Vasquez (Cremonese/ITA).

Pemain tengah: Edson Alvarez (Ajax/BEL), Roberto Alvarado (Guadalajara), Uriel Antuna (Cruz Azul), Luis Chavez (Pachuca), Andres Guardado (Betis/ESP), Erick Gutierrez (PSV Eindhoven/BEL), Hector Herrera (Houston Dynamo/USA), Orbelin Pineda (AEK Athens/GRE), Carlos Rodriguez (Cruz Azul), Luis Romo (Monterrey).

Penyerang: Rogelio Funes Mori (Monterrey), Raul Jimenez (Wolverhampton/ENG), Hirving Lozano (Napoli/ITA), Henry Martin (America), Alexis Vega (Guadalajara).

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2022 @ 7:44 AM