Zainal Abidin Ahmad
Zainal Abidin Ahmad
Lizam Ridzuan


Kuala Lumpur: Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) menjelaskan menerusi kenyataan media Daihatsu Co. Ltd pada 28 April 2023 berhubung 'ketidakaturan prosedur' ujian membabitkan empat model termasuklah Perodua Axia Baharu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata Daihatsu Co.Ltd dilantik dan dipertanggungawabkan oleh Perodua untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia Baharu di Jepun yang disaksikan oleh pihak berkuasa dan agensi yang relevan bagi tujuan penilaian pihak yang terbabit.

"Sebaik sahaja kami menerima berita mengenai 'ketidakaturan prosedur' oleh Daihatsu, kami menghubungi pihak terbabit serta merta untuk mengenalpasti sama ada standard keselamatan Perodua Axia baharu turut terjejas atau sebaliknya,"

"Kami diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian," katanya dalam satu siaran media hari ini.

Ini bermakna, Perodua Axia Baharu adalah selamat untuk dipandu dan tiada panggilan semula akan dibuat oleh Perodua dan kami juga tidak akan menghentikan penghantaran kenderaan model baharu ini kepada pelanggan yang kami hargai.

"Kami memohon maaf di atas segala kekeliruan yang berlaku kepada para pelanggan kami berhubung perkara ini dan memberi jaminan bahawa segala maklumat keselamatan dan spesifikasi semua model kenderaan Perodua adalah diperakui badan profesional,".

Perodua juga akan terus memantau situasi ini dan akan memaklumkan perkembangan terkini kepada orang ramai serta sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan para pelanggan mereka dan akan terus berbuat demikian sebagai sebahagian daripada amalan dalam menjangkaui setiap jangkaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 30 April 2023 @ 8:24 PM