RICK Tan (tengah) bersama ahli Eostre yang berjaya di Anugerah Eostre Infinite Legacy. FOTO ihsan Eostre
RICK Tan (tengah) bersama ahli Eostre yang berjaya di Anugerah Eostre Infinite Legacy. FOTO ihsan Eostre
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Eostre Berhad, syarikat pengeluar produk kesihatan, kecantikan dan elektronik merancang meneroka dan mengembangkan sayap perniagaannya ke Myanmar, Jepun dan Afrika bermula tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Rick Tan Chiau Wei berkata, tahun ini juga pihaknya akan membuka peluang orang ramai menjadi ahli Eostre dan membimbing mereka dalam bidang keusahawanan, sekali gus menjana pendapatan lumayan.

Katanya, pada masa ini, pihaknya mempunyai ramai ahli di pelbagai negara seperti China, Taiwan, Thailand, Vietnam, India, Bangladesh, Indonesia, Singapura, Brunei dan Hong Kong.

"Selepas ini, kami akan meneroka dan mengembangkan sayap perniagaan ke Myanmar, Jepun, Afrika dan negara-negara lain.

"Selain membantu masyarakat antarabangsa menjalani kehidupan yang lebih baik dari sudut mental dan fizikal, kami juga mahu dikenali sebagai syarikat yang menghasilkan produk kesihatan.

"Eostre berdedikasi untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan yang sihat dan berdikari.

"Visi syarikat adalah untuk menjadi jenama antarabangsa dengan produk penjagaan kesihatan yang terkemuka di dunia.

"Kami juga akan mempromosikan teknologi dan produk kami kepada dunia supaya mereka semua dapat menikmati kehidupan dan kesihatan yang lebih baik," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 25 January 2023 @ 4:18 PM