PAKEJ #KitaMalaysia memberi peluang PKS mendapat peluang pendedahan media bernilai RM1 juta.
PAKEJ #KitaMalaysia memberi peluang PKS mendapat peluang pendedahan media bernilai RM1 juta.

Kuala Lumpur: Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan menjadi tulang belakang ekonomi Malaysia dengan sumbangan sehingga 40 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Pertumbuhan PKS bergantung kepada pasaran dan kumpulan ini juga mudah terjejas sekiranya berlaku gangguan dalam rantaian ekonomi.

Sempena Hari Kebangsaan yang bakal disambut Ogos nanti, Media Prima Omnia mengambil inisiatif untuk membantu PKS tempatan menempuh waktu yang sukar ini melalui pakej PKS #KitaMalaysia yang menawarkan syarikat tempatan peluang untuk mengukuhkan jenama.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Omnia Sdn Bhd, Datuk Michael Chan berkata, PKS memerlukan kempen berterusan untuk memastikan produk dan jenama mereka kekal dalam pasaran.

"Sebagai syarikat media terbesar di Malaysia, kami mahu membantu PKS ini memasarkan produk mereka melalui pelbagai platform yang ada di bawah Kumpulan.

"Pakej #KitaMalaysia ini direka khusus untuk Hari Kebangsaan sebagai simbolik kepada perjuangan mencapai kemerdekaan dan kesungguhan untuk terus bertahan.

"Selain membantu PKS, kempen ini juga memberi ruang kepada syarikat korporat bersaiz sederhana dan besar serta agensi kerajaan untuk turut serta menyokong usahawan PKS kembali mengukuhkan operasi mereka," katanya.

Melalui pakej #KitaMalaysia ini, Media Prima Omnia menawarkan penampilan media bernilai RM1 juta merangkumi liputan televisyen, akhbar, radio dan digital bagi mereka yang mendaftar awal.

Terdapat empat pakej ditawarkan iaitu Pek Pemula dengan harga bermula dari RM5,000, membolehkan PKS mendapat pendedahan media melalui platform beli-belah di rumah dan e-dagang di bawah Kumpulan bermula 16 Ogos hingga akhir September.

Bagi Pek Premium, terdapat tiga pakej berbeza dengan masing-masing ditawarkan pada harga RM10,000; RM15,000 dan RM20,000 dengan peluang penampilan media lebih meluas.

Maklumat lanjut mengenai peluang ditawarkan, hubungi [email protected].

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Julai 2021 @ 7:35 AM