OHSEM360 membuka peluang untuk mendapatkan solusi yang menyeluruh bagi melonjakkan jualan dan jenama produk PKS.
OHSEM360 membuka peluang untuk mendapatkan solusi yang menyeluruh bagi melonjakkan jualan dan jenama produk PKS.
Nur Aisah Jumfrizal

SYARIKAT media terkemuka, Media Prima Berhad (MPB) bersama Dattel Asia Group (DTL) akan menganjurkan acara pemasaran terulung OHSEM Marketing 360 (OHSEM360) dengan tema Iklan, AI dan Konten.

Acara ini turut disokong oleh unifi Business, OMNIA dan REV Media Group sebagai rakan strategik Platinum mereka.

Objektif utama OHSEM360 adalah memberi pendedahan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) mengenai teknologi dan solusi pemasaran terkini.

Dengan tiga komponen utama iaitu Bicara OHSEM bersama Naz, 30 sesi workshop atau masterclass dan 40 pameran teknologi dan solusi pemasaran pastinya pemasaran produk dan perkhidmatan PKS mendapat ROI (pulangan pelaburan) yang dikehendaki dengan kos yang paling efektif. 

Image

Antara pakar industri yang akan berkongsi termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif Dattel Asia Group, Ashran Ghazi, Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNIA, Mohd Effendi Omar, Ketua Unit PKS unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Ketua Pegawai Eksekutif Kiddocare, Nadira Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Alha Alfa Legacy, Datuk Abdul Al Halim Al Fadzil, Ketua Pegawai Eksekutif Richard Ker Digital, Richard Ker, Ketua Pegawai Operasi WOW Shop, Datin Norashikin Habibur Rahman dan ramai lagi.

Selain perkongsian dari pakar industri, PKS juga berpeluang untuk mendapat pakej pengiklanan dan solusi pemasaran dengan harga yang berpatutan.

Ashran Ghazi berkata OHSEM360 bukan setakat satu platform perkongsian dan pembelajaran, malah ia adalah satu platform di mana PKS boleh mengambil tindakan terus untuk perniagaan mereka.

"PKS kesuntukan masa dan perlu bertindak pantas, insya-Allah OHSEM360 akan mempercepatkan lagi proses untuk memilih solusi yang sesuai untuk mereka," katanya.

Menurut REV Media Group dalam satu kenyataan, topik-topik yang akan dikongsi semasa OHSEM360 merangkumi pengiklanan di pelbagai platform seperti TV, Radio, pengiklanan digital luar rumah (DOOH), laman sesawang premium REV, laman media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram.

"Tidak ketinggalan juga perkongsian platform yang dapat membantu usahawan dalam mendapatkan profil pengguna sasaran, membangunkan 'copywriting' kreatif berlandaskan AI, peluang untuk mempamerkan dan menjual produk melalui WOWShop dan juga pencerahan mengenai rangkaian audien digital terbesar di Malaysia," katanya.

Ketua Unit PKS unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran menyatakan keprihatinan unifi Business dalam membantu perniagaan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

"unifi Business sentiasa prihatin dan peka kepada kehendak PMKS dan sokongan kami kepada OHSEM360 berlandaskan aspirasi kami dalam membantu transformasi pendigitalan perniagaan PMKS," katanya.

Penganjur menyediakan pelbagai insentif untuk membantu usahawan dalam mengurangkan kos pemasaran dengan memberi baucer pengiklanan bernilai RM7,000 kepada 1000 pendaftaran terawal, akses kepada platform data konsumer bernilai RM10,000, dan diskaun sehingga 85 peratus untuk produk pengiklanan dan teknologi pemasaran. 

Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNIA, Mohd Fendi Omar berharap PKS merebut peluang menyertai OHSEM360 untuk meningkatkan jualan mereka. 

"Saya berharap PKS dapat merebut peluang untuk mendapat  solusi yang menyeluruh untuk mereka lonjakkan jualan dan jenama produk mereka," katanya.

Untuk mendapatkan semua insentif yang ditawarkan, anda hanya perlu daftar kehadiran anda di www.ohsem360.com dan hadir pada 10 Ogos ini bertempat di Hotel Pullman, Bangsar, Kuala Lumpur. 

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Julai 2023 @ 4:31 PM