BOTTAS gagal menyerlah bersama Mercedes.
BOTTAS gagal menyerlah bersama Mercedes.
Agensi

London: Perpindahan Valtteri Bottas ke Alfa Romeo dijangka dimuktamadkan minggu ini bagi memberi laluan kepada George Russell menyertai Mercedes.

Russell bakal menjadi rakan sepasukan Lewis Hamilton untuk musim 2022 sekali gus kali pertama dua pelumba Britain beraksi di F1 sejak 2012.

Russell, 23, menduduki tempat kedua Grand Prix Belgium Ahad lalu, mengatasi Hamilton di tempat ketiga.

Pelumba dari Kings Lynn itu menjuarai GP3 pada 2017 dan kejohanan Formula 2 setahun selepas itu.

Dia dipinjamkan dari Merc ke Williams sejak tiga tahun lalu dan membantu pasukan itu melonjak kedudukan dalam carta keseluruhan.

Bagaimanapun, dia kini berpeluang menjadi pelumba utama bersama Hamilton dalam pasukan berpangkalan di Brackley itu.

Minggu lalu, ketua Merc Toto Wolff mengesahkan keputusan itu dilakukan berkaitan gandingan pelumbanya.

Katanya: "Jika ia keputusan mudah, kami akan lakukan lebih awal kerana kami tahu apa kami boleh dapat dari Valtteri dan George.

Bottas, 32, muncul juara sembilan kali GP tidak gagal menaiki podium sejak 12 bulan lalu dan dia akan menggantikan Kimi Raikkonen, 41, yang bakal meninggalkan Alfa Romeo sekali gus menutup tirai karier F1nya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 31 Ogos 2021 @ 11:37 AM