Pemandu Williams, George Russell dari Britain akan menyertai Mercedes musim depan. FOTO AFP
Pemandu Williams, George Russell dari Britain akan menyertai Mercedes musim depan. FOTO AFP
AFP

London: George Russell diumumkan sebagai rakan sepasukan baharu Lewis Hamilton di Mercedes bagi musim depan selepas Valtteri Bottas mengesahkan perpindahan ke Alfa Romeo.

Pemandu British berusia 23 tahun itu berhijrah ke pasukan Silver Arrows selepas tiga musim bersama Williams.

Dia juga menyerlah dalam satu penampilan buat Mercedes pada Grand Prix Sakhir tahun lalu ketika menggantikan Hamilton yang diuji positif Covid-19.

"Ia hari yang istimewa buat saya secara peribadi dan profesional," katanya dalam satu kenyataan dikeluarkan Mercedes.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 September 2021 @ 6:28 PM