ROSSI akan menjalani dua ujian calitan Covid-19 sebelum dibenarkan beraksi. FOTO AGENSI
ROSSI akan menjalani dua ujian calitan Covid-19 sebelum dibenarkan beraksi. FOTO AGENSI
AFP

Paris: Belum ada sebarang keputusan sama ada juara dunia tujuh kali Valentino Rossi akan turun beraksi di Grand Prix Europa di Valencia hujung minggu ini selepas positif Covid-19.

Rossi, 41, hanya beraksi lima perlumbaan dari 11 aksi Grand Prix musim ini akan digantikan dengan pelumba Amerika Garrett Gerloff sekiranya dia gagal dalam dua ujian, 48 jam sebelum perlumbaan bermula.

"Hari ini, pelumba Itali itu akan menjalani ujian baru," kata Yamaha.

"Sekiranya dia diuji negatif, dia masih mempunyai masa yang cukup untuk turun pada sesi ujian PCR kedua dan terbang ke Valencia.

"Sekiranya Rossi dianggap tidak cergas untuk beraksi di Valencia, Gerloff akan dibantu dengan kru perlumbaan nombor 46 yang biasa untuk dia mendapat pengalaman menunggang yang pertama menggunakan jentera YZR-M1," kata pasukan.

Kali terakhir Rossi beraksi adalah di Grand Prix Perancis pada Oktober selepas diuji positif ketika Le Mans event.

Dia tidak beraksi empat dari sembilan perlumbaan 2020 dan kini berkedudukan tempat ke-15 keseluruhan kejuaraan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 November 2020 @ 1:27 PM