Staf pasukan F1 Williams melakukan persediaan menjelang Grand Prix Turki minggu ini. FOTO File Agensi
Staf pasukan F1 Williams melakukan persediaan menjelang Grand Prix Turki minggu ini. FOTO File Agensi
AFP

Istanbul: Prinsipal sementara pasukan Williams, Simon Roberts diuji positif Covid-19 menjelang Grand Prix Turki minggu ini, umum pasukan Formula Satu (F1) itu.

"Simon kembali dengan ujian negatif pada Isnin ketika jadual ujian tetap pasukan bagi Covid-19, bagaimanapun selepas menunjukkan simptom ringan dia menjalani ujian lanjut pagi ini sehingga memperoleh keputusan positif," menurut kenyataan Williams.

Williams mengesahkan Roberts tidak mempunyai kontak rapat bersama staf lain dan jadi pasukan itu dapat menyertai perlumbaan seperti biasa di Istanbul.

"Simon berada dalam keadaan baik tetapi kini akan menjalani pengasingan diri yang diperlukan dalam tempoh 10 hari mengikut semua garis panduan ditetapkan di UK dan akan membantu operasi litar pasukan menerusi kawalan jauh minggu ini," tambah Williams.

Roberts akan digantikan pengurus pasukan Dave Redding.

Dia bukan orang pertama yang terlepas perlumbaan F1 tahun ini disebabkan virus itu.

Pelumba Racing Point, Sergio Perez dan Lance Stroll kedua-duanya terpaksa direhatkan daripada saingan Grand Prix, dengan staf pasukan Mercedes turut terjejas.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2020 @ 10:27 AM