BOS serta empat kakitangan Yamaha MotoGP menjalani proses pengasingan diri. FOTO Agensi
BOS serta empat kakitangan Yamaha MotoGP menjalani proses pengasingan diri. FOTO Agensi
AFP

Valencia: Ketua pasukan Yamaha MotoGP, Massimo Meregalli bersama empat kakitangan lain tidak akan menyertai Grand Prix (GP) Eropah minggu ini kerana mengambil langkah berjaga-jaga.

Selepas sesi ujian Covid-19 semalam, seorang anggota pasukan yang bertugas untuk pelumba Sepanyol, Maverick Vinales didapati positif wabak itu, kata Yamaha dalam satu kenyataan.

"Dia kemudiannya segera meninggalkan Litar Ricardo Tormo dan sudah memulakan proses pengasingan diri seperti diminta mengikut protokol MotoGP.

"Selepas meneliti lebih lanjut, empat anggota pasukan yang keputusannya didapati negatif tetapi masih terdedah kepada wabak itu, akan menjalani tempoh kuarantin sehingga Isnin.

"Empat anggota yang didapati negatif termasuk pengarah pasukan, Meregalli, akan terus berhubung dengan kakitangan di litar untuk memberi bantuan sewajarnya," katanya.

Yamaha menambah lagi tiada anggota pasukan lain yang terdedah dengan wabak itu termasuklah Vinales dan Valentino Rossi.

Pengumuman semalam hadir tidak berapa lama selepas juara dunia tujuh kali MotoGP, Rossi disahkan bebas wabak itu dan boleh berlumba minggu ini.

Bintang berusia 41 tahun itu terlepas beraksi pada dua pusingan perlumbaan di Aragon kerana didapati positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 7 November 2020 @ 11:27 AM