TIGA perlumbaan di Portimao, St Petersburg dan Mandalika diletakkan dalam senarai simpanan. FOTO Agensi
TIGA perlumbaan di Portimao, St Petersburg dan Mandalika diletakkan dalam senarai simpanan. FOTO Agensi
AFP

Valencia: Saingan MotoGP musim depan bakal menampilkan 20 perlumbaan apabila kalendar sementara didedahkan sebentar tadi dengan penganjur berharap akan mampu 'kembali kepada normal' selepas tahun ini terganggu akibat Covid-19.

Seperti kebiasaan saingan tahun depan akan bermula di Qatar pada 8 Mac dan ditamatkan di Valencia pada 14 November.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dorna Sports, iaitu penganjur kepada MotoGP, Carmelo Ezpeleta berkata, mereka cuba untuk mengembalikan perlumbaan secara normal.

"Kami bercakap dengan semua promoter dan membuat kalendar normal kerana adalah penting untuk menetapkan hari dan mengetahui secara jelas bila akan dilangsungkan Grand Prix (GP).

"Kami harap dapat melakukannya. Jelas banyak perkara kami masih tidak tahu, kerana itu kami memasukkan tiga GP simpanan jika ia boleh dilangsungkan dan mengambil kira faktor cuaca pada setiap tempat," katanya.

Dua perlumbaan simpanan ialah di Eropah iaitu Portimao di Portugal dan St Petersburg di Russia selain Mandalika di Indonesia.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 6 November 2020 @ 10:45 PM