JOHAN sasar kekal dalam arena profesional.
JOHAN sasar kekal dalam arena profesional.
Amirul Fazli Zulkafli


Kuala Lumpur: Jaguh muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berkata dia mahu terus kekal berada dalam platform ONE Championship untuk mencipta lebih banyak kejayaan sekali gus mengharumkan Malaysia.

Menurut Johan atau lebih dikenali dengan Jojo, meskipun masih muda dan mempunyai peluang membawa nama negara dalam kejohanan akan datang seperti Sukan Sea 2025 namun dia memilih terus kekal di platform sekarang.

"Saya rasa kalau orang betul-betul ikuti muay thai tahulah, One Championship berada di tahap berbeza dengan Sukan Sea dan kejohanan lain. Saya memang letak sasaran kekal dalam arena profesional dan gunakan platform One Champions ini untuk bawa nama negara lebih tinggi.

"Kalau kekal di Sukan Sea, bukan nak cakap opsyen tak bagus tapi platform dia pun semua orang tahu dan nama Malaysia semakin naik di One Championship," katanya.

Selain itu, ketika ditanya adakah dia akan mengambil bahagian lagi di Kejohanan Muay Thai Dunia pada masa akan datang, Jojo mengekalkan pendiriannya untuk tidak menyertai lagi pertandingan itu dan akan kekal di arena ONE Championship.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 6:29 PM