ABDUL Halim  memberikan cenderamata kepaa Presiden Persatuan Takraw Thailand Thana Chaiprasat.
ABDUL Halim memberikan cenderamata kepaa Presiden Persatuan Takraw Thailand Thana Chaiprasat.
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Kejohanan Sepaktakraw Dunia Piala Raja Thai 2024 dijangka menyajikan pertarungan sengit dalam perebutan kejuaraan apabila sebanyak 33 pasukan mengesahkan penyertaan.

Kejohanan berkenaan dijadualkan berlangsung dari 1 hingga 8 September ini di Korat, Thailand.

Setiausaha Agung Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf), Abdul Halim Kader berkata, Mesyuarat Penyelarasan Kejohanan berlangsung hari ini membabitkan perbincangan dengan Persatuan Takraw Thailand bagi memastikan kelancaran kejohanan.

"Buat pertama kalinya, Istaf memberi mandat bahawa semua pasukan di bahagian perdana mesti menyertai acara regu berpasukan.

"Keperluan baharu ini bertujuan untuk meningkatkan tahap persaingan dan memastikan pasukan terbaik dipertontonkan dalam kategori berprestij ini, menambah dimensi menarik kepada kejuaraan," katanya.

Piala Raja Thai yang memasuki edisi ke-37 akan membabitkan lapan acara dengan satu kategori perdana untuk kedua-dua pasukan lelaki dan wanita dalam tiga kategori.

Selain kategori perdana, acara yang akan dipertandingkan adalah regu berpasukan (wajib), regu, beregu, beregu campuran, kuadran campuran, regu campuran dan bulatan (acara tambahan).

Bagi negara yang mengambil bahagian dalam sepak takraw bulatan boleh menghantar sehingga 12 pemain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 6:44 PM