HANNAH  menandatangani plak simbolik merasmikan Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air 2024 di Kelab Sungai Petani, hari ini. FOTO Bernama
HANNAH menandatangani plak simbolik merasmikan Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air 2024 di Kelab Sungai Petani, hari ini. FOTO Bernama
Noorazura Abdul Rahman


Sungai Petani: Kerajaan negeri digesa membuat pelaburan bagi mencungkil lebih ramai bakat baharu dalam sukan renang dan terjun di negara ini.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, berkata berdasarkan pemerhatian pihaknya setakat ini, hanya Sabah dan Sarawak yang konsisten melabur dalam pembangunan sukan berkenaan.

"Kita lihat sukan terjun merupakan sukan yang banyak memberi pingat kepada Malaysia, sekarang dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak yang banyak membelanjakan duit untuk jurulatih dan melahirkan bakat baharu. Sarawak ada sampai enam jurulatih, ada negeri tiada jurulatih.

"Saya lawat Perlis dan Kedah, ada ramai anak kecil yang minat sukan renang dan terjun tetapi apa yang perlu kita wujudkan ialah kesinambungan kerjasama antara Majlis Sukan Negara (MSN) persekutuan dan negeri, setiap negeri perlu laburkan duit untuk jurulatih dan kemudahan lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Program Akreditasi Renang dan Keselamatan Air 2024 di Kelab Sungai Petani di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 15 Jun 2024 @ 6:17 PM