MURRAY dan Jamie (kanan) berkemungkinan beraksi dalam acara beregu di
MURRAY dan Jamie (kanan) berkemungkinan beraksi dalam acara beregu di
Reuters

Paris: Juara tiga kali Grand Slam, Andy Murray berkata, dia mungkin beraksi dalam acara beregu lelaki bersama abangnya, Jamie di Wimbledon bulan depan.

Pemain Scotland berusia 37 tahun itu memenangi dua gelaran perseorangan Wimbledon, manakala abangnya adalah juara dua kali beregu campuran kejohanan berkenaan.

Pasangan adik-beradik itu pernah bergandingan bersama di Sukan Olimpik Rio 2016, dan juga pasangan prolifik apabila Britain memenangi Piala Davis pada 2015.

"Iya saya mungkin bermain beregu di Wimbledon. Saya belum 100% pasti lagi," kata Murray kepada pemberita selepas dia dan Daniel Evans mengalami kekalahan pusingan pertama 7-6(6) 7-6(3) kepada Thiago Seyboth Wild dan Sebastian Baez di Terbuka Perancis.

"Abang saya tidak mempunyai pasangan untuk Wimbledon buat masa ini. Kami sudah berbincang sedikit mengenainya. Jadi boleh berbuat demikian, tetapi belum pasti 100%.

"(Kami akan membuat keputusan) lebih awal. Maksud saya jelas Jamie juga boleh mendapat pasangan yang baik juga. Kita akan lihat apa yang berlaku, tetapi ya, kita mungkin akan membuat keputusan dalam beberapa hari akan datang."

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 Jun 2024 @ 5:34 PM