Pemain Poland, Iga Swiatek membalas pukulan pemain Romania, Irina-Camelia Begu pada saingan pusingan ketiga kejohanan Wimbledon. FOTO AFP
Pemain Poland, Iga Swiatek membalas pukulan pemain Romania, Irina-Camelia Begu pada saingan pusingan ketiga kejohanan Wimbledon. FOTO AFP
AFP

London: Pemain Poland, Iga Swiatek berjaya mara dalam kelompok 16 terakhir kejohanan Wimbledon dengan hanya beraksi 55 minit, tetapi tindakannya itu tidak dibuat secara tergesa-gesa kerana mahu menjalani sesi latihan bersama Andy Murray.

Iga pemain pilihan ketujuh dan juara Terbuka Perancis 2020, pernah menjalani latihan bersama idolanya Rafael Nadal di Roland Garrros musim ini.

Dia kemudian memuatnaik di Twitter bahawa pasangan latihan yang ideal pastinya, Murray yang juga juara dua kali Wimbledon di gelanggang All England Club.

Bagaimanapun, dengan Murray melepasi pusingan ketiga buat pertama kali sejak 2017, Iga mengakui pemain Britain itu pastinya mempunyai keutamaan lain.

"Saya tidak mahu mengganggunya sepanjang Wimbledon. Jadi mungkin kami akan mempunyai peluang untuk melakukannya kemudian atau kejohanan seterusnya, kerana ia adalah Grand Slam," kata pemain berusia 20 tahun itu.

"Saya tidak mahu merosakkan rutinnya. Saya tahu beraksi dengan pemain wanita sangat berbeza dan ia berlainan jika berlatih dengan lelaki.

"Tetapi dia seorang lelaki yang baik. Kami berbual sementara ketika kejohanan. Dia seorang yang rendah diri dan sangat hebat."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Julai 2021 @ 11:23 PM