Gandingan Murray dan Serena (kiri) dalam acara beregu campuran. FOTO EPA
Gandingan Murray dan Serena (kiri) dalam acara beregu campuran. FOTO EPA
Agensi

GANDINGAN mantap Andy Murray dan Serena Williams berakhir selepas tewas kepada pilihan utama, Bruno Soares dan Nicole Melichar dalam acara tenis beregu campuran.

Warga Britain, Murray, 32, dan pemain tenis Amerika Syarikat, Serena, 37, menunjukkan keserasian menerusi gandingan hebat selepas melepasi pusingan awal namun terkandas dengan kekekalahan 6-3, 4-6, 6-2.

Kekalahan itu bermakna penampilan semula Murray pemain kelahiran Scotland di Wimbledon - hampir enam bulan selepas menjalani pembedahan pinggul - berakhir.

Kini Murray terpaksa mengambil keputusan seterusnya harapannya untuk beraksi dalam acara perseorangan semula.

 Cabal (kiri) dan Farah berdepan cabaran Venus dan Klaasen pada separuh akhir beregu lelaki di Wimbledon. FOTO AFP
Cabal (kiri) dan Farah berdepan cabaran Venus dan Klaasen pada separuh akhir beregu lelaki di Wimbledon. FOTO AFP

Murray berkata beraksi dalam acara perseorangan di Terbuka Amerika Syarikat pada September seperti ‘tidak mustahil’ tatkala dia berada dalam fasa pemulihan.

Selepas tersingkir semalam, bekas pemain nombor satu British berkata : “Saya fikir saya sudah mencapai banyak perkara. “Saya berada di dalam gelanggang dan berjangkakan beraksi kurang perlawanan, saya lakukannya dengan OK. Perkara yang paling positif adalah tubuh badan saya rasa bagus.”

Serena masih mempunyai peluang untuk memperolehi gangsa apabila dia akan berdepan pemain Republik Czech, Barbora Strycova - pemain nombor satu British, Jo Konta turut mara ke separuh akhir perseorangan.

Juara Grand Slam 23 kali, Serena, berkata dia ‘gembira sokongan yang diberikan’ ketika beraksi disamping Murray di All England Club sehingga di gelar gandingan ‘MurRena’.

“Saya berharap akan terus mendapat peluang ini,” tambahnya.

“Saya fikir untuk beraksi di pentas ini bersama Andy, yang sudah melalui banyak perkara baik sejak sekian tahun, adalah pengalaman unik sepanjang karier. Saya gembira apabila memperolehi pengalaman ini.”

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Julai 2019 @ 12:33 PM