PASUKAN Sepak Takraw Lelaki Malaysia meraikan kemenangan berganda selepas menewaskan pasukan Thailand pada perlawanan Final Regu dan Double Lelaki Sepak Takraw Piala Dunia 2024 di Stadium Titiwangsa. FOTO Hazreen Mohamad.

BERNAMA

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan ucapan tahniah kepada pasukan sepak takraw Malaysia yang meraih kemenangan apabila menewaskan Thailand pada kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024, malam ini.

"Satu pencapaian yang membanggakan dan luar biasa! Tahniah pasukan sepak takraw Malaysia! Moga kemenangan ini akan mendorong lebih banyak kejayaan pada masa akan datang!" menurut Anwar dalam catatan melalui Facebook beliau.

Skuad negara menjuarai acara double dan regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan mengalahkan Thailand 2-0 pada aksi final di Stadium Titiwangsa di sini malam ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mei 2024 @ 12:28 AM