MARTA bakal berdepan Katie di separuh akhir. FOTO AFP
MARTA bakal berdepan Katie di separuh akhir. FOTO AFP
AFP

San Diego: Marta Kostyuk dari Ukraine bangkit pada set pertama dan memenangi aksi tiebreak yang sengit, dan kemudian melakar kemenangan separuh akhir ke atas pilihan utama Jessica Pegula dari Amerika Syarikat (AS) di Terbuka Cymbiotika San Diego.

Dengan kemenangan 7-6 (4), 6-1, Marta, pilihan keenam, akan menentang Katie Boulter dari Great Britain pada perlawanan akhir.

Katie, ranking ke-49 dunia, menumpaskan pilihan ketiga, Emma Navarro dari AS, 6-3, 6-1.

Marta mengejar Jessica ketika ketinggalan 1-5 pada set pertama sebelum memenangi lima permainan berturut-turut, termasuk dua kali mematahkan servis pemain pilihan utama itu.

Jessica bangkit semula untuk mengikat perlawanan pada kedudukan 6-6.

Marta, yang bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan pilihan keempat, Anastasia Pavlyuchenkova dari Rusia dalam perlawanan suku akhir, kemudian menjarakkan diri daripada kedudukan seri 3-3 di tiebreak dengan memenangi set berkenaan pada percubaan kali kedua.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2024 @ 5:12 PM