IGA hanya selangkah untuk bergelara juara Indian Wells. FOTO AFP
IGA hanya selangkah untuk bergelara juara Indian Wells. FOTO AFP
Reuters

Indian Wells: Pilihan utama, Iga Swiatek mempamerkan persembahan yang hampir sempurna untuk menewaskan Marta Kostyuk dari Ukraine 6-2 6-1 dan mara ke final Indian Wells.

Iga kekal di landasan tepat untuk merebut gelaran kedua tahun ini.

Pemain Poland berusia 22 tahun itu boleh menentang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff dalam pertembungan kejuaraan menarik jika pilihan ketiga dari AS itu boleh menewaskan pilihan kesembilan Maria Sakkari dari Greece pada separuh akhir kedua.

"Pastinya saya gembira dengan persembahan ini. Saya rasa ia adalah perlawanan paling bersih yang saya mainkan di sini. Ia sudah menjadi kejohanan yang hebat," kata Iga.

"Tiada keutamaan,|katanya merujuk kepada pesaing terakhirnya yang berpotensi.

"Adalah bodoh untuk saya berkata apa-apa. Kedua-dua mereka benar-benar hebat dan berpengalaman jadi mereka akan bertarung hari ini dan bertarung di final, tidak kira siapa yang akan ke sana."

Iga, juara 2022, menyatakan niatnya lebih awal dengan permulaan yang agresif untuk mendahului 2-1.

Dia meninggalkan lebih jauh apabila Marta melakukan kesilapan berganda dua permainan kemudian, melengkapkan set pembukaan dalam masa 31 minit.

Marta yang berusia 21 tahun itu ditewaskan sekali lagi oleh pemain nombor satu dunia, Iga pada permulaan set kedua.

Pukulan kuat di jaring membolehkan Iga mematahkan servis lawan.

Juara Grand Slam empat kali itu menahan sedikit tekanan daripada pilihan ke-31 pada perlawanan seterusnya sebelum membina kelebihan 3-0.

Marta kelihatan bergelut dengan masalah kaki kiri dan tamat masa perubatan hanya menangguhkan perkara yang tidak dapat dielakkan, ketika Iga mendapat kemenangan perlawanan ke-19 yang mendahului Jelajah WTA musim ini, menamatkan perlawanan dengan pukulan depan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 Mac 2024 @ 9:57 AM