ELENA mempamerkan trofi yang dimenanginya hari ini. FOTO Reuters
ELENA mempamerkan trofi yang dimenanginya hari ini. FOTO Reuters
Reuters

Stuttgart: Elena Rybakina tidak menghadapi masalah menewaskan Marta Kostyuk 6-2, 6-2 bagi memenangi Terbuka Stuttgart pada hari ini, untuk gelaran ketiganya tahun ini.

Elena menambah gelaran di Stuttgart selepas memenangi Kejohanan Antarabangsa Brisbane dan Terbuka Abu Dhabi tahun ini.

Bagi Marta, ini adalah kekalahan kedua di final pada 2024 selepas dia tewas dalam perlawanan akhir Terbuka San Diego bulan lalu.

"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Marta sudah tentu, menjadi kejohanan yang hebat, perlawanan hebat yang anda mainkan di sini, anda bermain sangat menakjubkan dan semoga kami akan bermain lebih banyak perlawanan akhir," kata Elena.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 April 2024 @ 9:23 PM