Muamalat Bullets julang kejuaraan kedua berturut-turut. Foto Ihsan CSR
Muamalat Bullets julang kejuaraan kedua berturut-turut. Foto Ihsan CSR

Kuala Lumpur: Pasukan Bank Muamalat Bullets mengekalkan kejuaraan bagi saingan Ragbi Super Korporat (CSR) selepas mengatasi Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Patriots, 21-9, malam tadi.

Pada aksi Grand Final yang berlangsung di UM Arena, Universiti Malaya juara bertahan itu terlebih dahulu dikejutkan Patriots dengan jaringan mata menerusi sepakan penalti dari jarak 50 meter.

Pemain 'flyhalf' kebangsaan Muhammad Nazreen Fitri yang tidak berdepan masalah menyempurnakan tugas itu.

Bagaimanapun Muamalat Bullets mendapat 'try' pertama menerusi Amirul Mukminin.

Nazreen terus menggandakan mata buat Patriots menerusi dua sepakan penalti padu, namun usaha berkenaan disekat oleh Muamalat Bullets menerusi dua 'try' daripada pemain kebangsaan, Muhammad Azwan Zuwairi dan Mohamad Sofian Kamil, disusuli sepakan 'conversion' yang

sempurna Muhammad Faris Pead dan Muhamad Amirul Aqil.

Aksi pemain Muamalat Bullets cuba melepasi pertahanan PPTD Patriots.
Aksi pemain Muamalat Bullets cuba melepasi pertahanan PPTD Patriots.

Muamalat Bullets membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM15,000 selaku juara manakala PPTD Patriots memperoleh RM10,000 sebagai naib juara.

Kejayaan itu menyaksikan Muamalat Bullets menjulang kejuaraan buat kali kedua, selepas memenanginya pada edisi terakhir kejohanan pada 2022.

CSR dianjurkan Enervive Sports adalah kejohanan ragbi 15 sebelah peringkat kebangsaan yang menampilkan pasukan-pasukan korporat dan badan kerajaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 3 Mac 2024 @ 3:04 PM