FAITH dinobatkan sebagai atlet terbaik selepas memecahkan tiga rekod tahun ini. -FOTO Reuters
FAITH dinobatkan sebagai atlet terbaik selepas memecahkan tiga rekod tahun ini. -FOTO Reuters
LYLES sasar kuasai acara pecut di Olimpik Paris. -FOTO AFP
LYLES sasar kuasai acara pecut di Olimpik Paris. -FOTO AFP
AFP

Paris: Pelari pecut Amerika Syarikat, Noah Lyles dan Faith Kipyegon dari Kenya dinobatkan sebagai atlet olahraga lelaki dan wanita terbaik tahun ini oleh Olahraga Dunia (WA).

Lyles diiktiraf kerana memenangi tiga pingat emas yang di Kejohanan Dunia di Budapest.

Selepas menakluki 2023, atlet berusia 26 tahun itu kini bakal menumpukan perhatiannya kepada Sukan Olimpik Paris tahun depan dengan menyasarkan emas dalam acara 100m, 200m dan 4x100m berganti-ganti selain turut mengidamkan tempat dalam acara 4x400m.

Di Budapest, dia memenangi pingat emas 100m dengan masa 9.83 saat bagi kejuaraan dunia sulungnya dalam acara pecut.

Lylea berkata, "Saya adalah lelaki terpantas di dunia tetapi tiada siapa yang percaya melainkan saya meraih gelaran 100m.

"Itu bakal mengubah sedikit pandangan orang terhadap saya, terutamanya di luar sukan ini," katanya.

Kipyegon merangkul anugerah kategori wanita selepas mencatat tiga rekod dunia dalam acara 1,500m, 1 batu dan 5,000m.

Dia turut melengkapkan kemenangan berganda 1,500m-5,000m pada kejohanan dunia.

"Ia satu tahun yang menakjubkan," kata pelari berusia 29 tahun itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Disember 2023 @ 12:35 PM