WOODS sedia beraksi lebih banyak kejohanan tahun depan. -FOTO AFP
WOODS sedia beraksi lebih banyak kejohanan tahun depan. -FOTO AFP
Reuters

London: Tiger Woods percaya dia bersedia untuk bermain lima atau enam kejohanan dalam Jelajah PGA pada 2024.

Juara kejohanan utama sebanyak 15 kali itu dijadualkan bermain kejohanan pertamanya sejak Masters April lalu dengan dia dijadualkan memulakan perlawanan minggu ini di kejohanan Cabaran Dunia Hero di Bahamas.

Woods, 47, bergelut berjalan untuk menyempurnakan 18 lubang sejak mengalami kemalangan keretanya pada Februari 2021 yang mengakibatkan kecederaan parah pada kaki kanan dan kakinya.

Namun menurut wartawan Jelajah PGA Radio Taylor Zarzour berkata pada hari bahawa Woods "tidak lagi tempang seperti sebelum ini."

Perkara itu memberi gambaran positif untuk bekas pemain nombor satu dunia kembali memberi saingan dalam kancah siri jelajah berkenaan.

Woods sebelum ini berkata dia berkemungkinan akan mengehadkan penyertaan di kejohanan utama dan mungkin akan beraksi satu atau dua kejohanan lain setiap tahun sepanjang kariernya.

Kali terakhir Woods meraih kemenangan adalah pada Kejohanan Zozo 2019, di mana dia mengikat rekod sepanjang masa Sam Snead dengan 82 kemenangan dalam Jelajah PGA.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 November 2023 @ 7:33 AM