WOODS ketika sesi pengenalan jenama baharu TaylorMade. -FOTO AFP
WOODS ketika sesi pengenalan jenama baharu TaylorMade. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Tiger Woods memperkenalkan jenama golf dan pakaian baharunya Sun Day Red dengan TaylorMade selepas mengumumkan berakhirnya perkongsian 27 tahun bersama Nike bulan lalu.

Juara utama 15 kali itu yang akan kembali bertanding pada akhir minggu ini di Riviera di PGA Genesis Invitational mempunyai logo harimau melompat menggantikan logo "TW"nya.

Woods, 48, tidak bermain secara kompetitif sejak Masters tahun lalu, di mana membuat cut untuk kali ke-23 berturut-turut.

Dia menarik diri pada pusingan ketiga kerana plantar fasciitis dan menjalani pembedahan buku lali kanan pada penghujung musim dua minggu kemudian.

Woods memenangi 82 gelaran Jelajah PGA, menyamai rekod Sam Snead untuk rekod sepanjang zaman.

Jenama baharunya, sebuah perniagaan berasingan di bawah payung TaylorMade, menampilkan Woods yang gemar memakai baju merah ketika pusingan akhir selepas ibunya, Kultida, berkata ia adalah warna yang kuat di tanah airnya di Thailand.

Woods berkata dia berharap dapat bermain dalam satu kejohanan setiap sebulan jika dia kekal sihat, jadual yang membolehkannya bersaing dalam empat kejohanan utama buat kali pertama sejak 2019 - tahun dia memenangi gelaran utama di Masters.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 Februari 2024 @ 12:54 PM