SIMONE 100m gaya bebas. -FOTO AFP
SIMONE 100m gaya bebas. -FOTO AFP
AFP

Los Angeles: Simone Manuel dan Torri Huske menutup penyertaan Kejohanan Renang Pro Westmont dengan kemenangan mengagumkan ketika pemenang pingat emas Olimpik tujuh kali Caeleb Dressel meraih perak dalam acara 100m gaya bebas.

Simone, yang berkongsi emas 100m gaya bebas pada temasya Olimpik Rio 2016 dan kini berusaha kembali selepas berehat daripada sukan itu, memenangi acara 100m wanita gaya bebas dengan catatan masa 53.35 saat, catatan masa terpantasnya dalam acara 100m sejak November 2020 menewaskan Torri di tempat kedua.

Simone merangkul kemenangan kedua minggu ini selepas menang dalam acara 200m gaya bebas Khamis lalu.

Sementara itu, Torri menambah gelaran dalam acara 200m rampaian selepas menang 50m gaya bebas dan 100m kupu-kupu yang diraihnya awal minggu ini.

Torri tidak berdepan masalah untuk mendahului dari awal hingga akhir perlumbaan itu merakam masa 2 minit 08.83 saat, menjadi perenang kelapan terpantas Amerika dalam acara itu dan berada di kedudukan terbaik menuju ke Sukan Paris kurang daripada 100 hari lagi.

Torri memperbaiki catatan masa terbaik peribadinya sebelum ini iaitu 2:09.10s untuk kemenangan selesa ke atas Leah Hayes (2:10.62).

Dressel yang menyasarkan penampilan di Paris selepas berehat panjang daripada sukan itu, memenangi acara 100m kuak kupu-kupu dan 50m gaya bebas tetapi Jack Alexy berjaya menewaskannya untuk meraih emas selepas merekodkan masa 48.37, dua persepuluh saat di hadapan pemenang pingat emas Olimpik Tokyo, Dressel dalam acara 100m gaya bebas.

Ryan Held berada di tempat ketiga dengan 48.66.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mac 2024 @ 11:48 AM