ANTARA aksi England bertemu Argentina sebelum ini. FOTO AFP
ANTARA aksi England bertemu Argentina sebelum ini. FOTO AFP
AFP

Nice: England akan berusaha untuk mengekalkan momentum kemenangan pada aksi pembukaan Piala Dunia ke atas Argentina apabila mereka menentang Jepun di Nice, awal pagi Isnin ini.

Jepun memenangi kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan empat tahun lalu ketika menjadi tuan rumah dan memulakan kempen mereka di Perancis dengan kemenangan 42-12 ke atas Chile yang melakukan penampilan sulung.

Courtney Lawes akan mengetuai pasukan England dengan tiga pertukaran dalam barisan pemain yang menewaskan Argentina 27-10.

"Sememangnya amat gembira dan penting dapat memulakan kempen Piala Dunia Ragbi dengan kemenangan ke atas Argentina.

"Selepas satu lagi persiapan minggu yang baik di Le Touquet, kami menantikan cabaran untuk bertemu Jepun yang mempamer aksi cukup meyakinkan ke atas Chile dalam perlawanan pembukaan mereka," kata jurulatih England, Steve Borthwick.

Sementara itu, jurulatih Jepun, Jamie Joseph akan melakukan empat pertukaran berbanding barisan pemain ketika bertemu Chile dan menjangkakan England bakal memberi tentangan sengit.

"Kami menjangkakan cabaran hebat dan untuk itu, pemain perlu berada pada prestasi terbaik," kata Joseph.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 16 September 2023 @ 9:55 AM