BAUDIN masih boleh beraksi dalam perlumbaan akan datang kerana dia bukan positif bahan penambah prestasi. FOTO Agensi
BAUDIN masih boleh beraksi dalam perlumbaan akan datang kerana dia bukan positif bahan penambah prestasi. FOTO Agensi
AFP

Paris: Pelumba Perancis, Alex Baudin dibatalkan penyertaan dalam perlumabaan Giro d'Italia tahun ini selepas disahkan positif menggunakan ubat tahan sakit terlarang, kata badan induk sukan itu, Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).

Baudin dari pasukan AG2R yang berusia 22 tahun memberikan sampel yang mengandungi Tramadol semasa peringkat ke-17 pada 24 Mei lalu.

Dia mempunyai sepuluh hari untuk membuat rayuan, kata UCI.

Baudin tidak dilarang daripada menyertai pertandingan akan datang, kerana mengambil Tramadol adalah pelanggaran peraturan perubatan UCI dan bukannya 'pelanggaran peraturan anti-doping'.

Tramadol dilihat sebagai bahan yang mendedahkan pelumba dengan risiko kesihatan dan bukannya sebagai penambah prestasi.

Pakar pendakian Colombia, Nairo Quintana hilang kelayakan daripada perlumbaan Tour de France tahun lalu kerana menggunakan opioid sintetik berkenaan.

Sejak 2019, UCI mengharamkan penggunaan Tramadol, ubat penahan sakit yang sebelum ini dibenarkan dalam sukan berbasikal.

Agensi Anti-Doping Dunia (Wada) akan menambah Tramadol ke senarai produk terlarangnya mulai 1 Januari 2024.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 9:22 AM