WARHOLM meraikan kejayaan meraih emas dalam acara 400m lari berpagar. FOTO AFP
WARHOLM meraikan kejayaan meraih emas dalam acara 400m lari berpagar. FOTO AFP
Reuters

Oslo: Atlet Norway, Karsten Warholm dan Jakob Ingebrigtsen memberikan persembahan yang menakjubkan di hadapan peminat tempatan dalam saingan Liga Berlian di Oslo selepas memenangi acara 400 meter (m) lari berpagar dan 1,500m dengan melakukan catatan menakjubkan.

Warholm, yang mencipta rekod dunia 45.94 saat (s) di Sukan Olimpik Tokyo, beraksi dalam perlumbaan pertamanya musim ini tetapi tidak berdepan masalah untuk mencatat masa keempat terpantas dalam sejarah acara itu, 46.52s.

"Apabila anda berada di trek, anda berada dalam dunia sendiri tetapi saya benar-benar merasakan penonton sedang mengangkat saya laluan lurus menuju garisan penamat - adrenalin benar-benar dirasai ketika 100m terakhir," kata Warholm.

"Ia adalah perlumbaan yang saya sentiasa ingat - saya berasa sangat baik hari ini dan sedar ia sesuatu yang istimewa bakal dikecapi pada masa akan datang.

"Hari ini menunjukkan saya berada dalam keadaan yang betul, saya benar-benar boleh mengatasi rekod dunia, mungkin juga pada tahun ini. Ia benar-benar menyedihkan untuk mengalami kecederaan tahun lalu dan saya mahu memastikan saya kembali dengan ledakan besar."

Ingebrigtsen, yang mencatat rekod dunia minggu lalu di Paris, kembali ke tempat yang lebih biasa dengan 1,500m dan berlari dengan gaya biasanya untuk mencatat masa 3:27.95s masa keenam terpantas di dunia.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 Jun 2023 @ 11:43 AM