PHILIPSEN meraikan kemenangan peringkat ke-11 Tour de France.
PHILIPSEN meraikan kemenangan peringkat ke-11 Tour de France.
AFP

Moulins, Perancis: Pelumba Belgium Jasper Philipsen meraih kemenangan keempat saingan peringkat di Tour de France selepas melakukan pecutan bertenaga di peringkat ke-11 dari Clermont-Ferrand ke Moulins.

Pelumba Alpecin itu memintas jaguh Belanda Dylan Groenewegen pada saat akhir manakala Phil Bauhaus ketiga. Tiada perubahan dalam carta keseluruhan membabitkan pelumba pilihan Jonas Vingegaard dan Tadej Pogacar.

Philipsen mempamerkan kekuatannya ketika melakukan pecutan di Jelajah itu walaupun dua daripada tiga kemenangannya dibayangi kontroversi yang kemudian disahkan komisioner perlumbaan.

"Saya percaya tidak melakukan kesalahan itu," kata Philipsen selepas tamat perlumbaan awal pagi tadi. "Ia Jelajah sangat bagus setakat ini."

Dia turut positif memandang ke hadapan.

"Kemungkinan ada tiga lagi peringkat yang boleh saya menang, walaupun jika ia sukar dikawal," kata Philipsen.

Dia juga mula tampak yakin untuk meraih jersi hijau apabila perlumbaan tamat di Paris pada 23 Julai.

"Saya fikir jarak saya dalam carta juga bagus dan ia agak selesa buat saya menuju ke Alps. Saya sangat bangga dan gembira dengan keadaan fizikal saya ketika ini."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 11:46 AM