PHILIPSEN (kiri) memecut untuk memenangi perlumbaan peringkat keempat Tour de France di Nogaro. FOTO REUTERS
PHILIPSEN (kiri) memecut untuk memenangi perlumbaan peringkat keempat Tour de France di Nogaro. FOTO REUTERS
AFP

Nogaro, Perancis: Jasper Philipsen memenangi peringkat kedua berturut-turut di Tour de France (TdF) pada ketika tumpuan terarah kepada beberapa kemalangan pada kelajuan tinggi berlaku di laluan trek motosikal di Nogaro, semalam.

Philipsen yang mewakili pasukan Alpecin menamatkan perlumbaan dengan kelajuan 67 kilometer sejam (km/j) dan merampas kedudukan pendahulu pecutan mengatasi Caleb Ewan dan Phil Bauhaus.

Philipsen mengakui terkejut dengan beberapa kemalangan yang menyebabkan pelumba terjatuh.

"Saya tidak pernah mengalami penamat begini sebelum ini, lencongan sangat sempit dan saya gembira kerana tidak terjatuh," kata pelumba Belgium berusia 25 tahun itu.

Rakan sepasukannya, Mathieu van der Poel turut menyuarakan mengenai tindakan meletakkan garisan penamat di trek perlumbaan motosikal.

"Sirkit begini tidak selamat berbanding di jalan raya. Saya gembira masih mampu berlumba dan mencipta ruang untuk Jasper," katanya.

"Mungkin kerana perlumbaan hari ini agak bosan dan perlahan, jadi pelumba lebih bimbang. Selekoh pula lebih teknikal berbanding dijangkakan.

"Malangnya, ini adalah sukan yang berbahaya dan tidak mungkin sentiasa dapat mengekalkan tahap keselamatan," kata Philipsen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Julai 2023 @ 10:24 AM