POGACAR meraikan kejayaan ketika tiba di garisan penamat di Jaen, Andalusia, Sepanyol.
POGACAR meraikan kejayaan ketika tiba di garisan penamat di Jaen, Andalusia, Sepanyol.
AFP

Baeza, Sepanyol: Juara dua kali Tour de France (TdF), Tadej Pogacar memenangi kejohanan Jaen Paraiso Interior Semi-Classic di Sepanyol pada perlumbaan pertamanya tahun ini semalam.

Jaguh berusia 24 tahun itu yang muncul naib juara TdF 2022 selepas memenanginya dua kali berturut-turut pada dua edisi sebelumnya semakin yakin untuk mengharungi cabaran musim ini dengan kejayaan terbarunya itu.

"Perancangan saya menyertai Tour de France dengan prestasi terbaik dan juga bersedia untuk klasik," kata Pogacar.

Pelumba Slovenia itu dipintas jaguh Jumbo, Jonas Vingegaard pada saat akhir musim lalu tetapi kali ini Pogacar enggan mengulangi kesilapan sama.

"Saya mahu kekalkan momentum di Milan-SanRemo, Tour of Flanders dan Liege-Bastogne-Liege," katanya merujuk perlumbaan klasik sehari yang menjadi tumpuan ramai pelumba handalan dunia.

Pogacar akan turut menyertai Tour of Andalucia dan kemudiannya Strade Bianche pada 4 Mac.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Februari 2023 @ 11:49 AM