NATASHA gembira dengan pencapaian di AS. FOTO Instagram natashaaoon
NATASHA gembira dengan pencapaian di AS. FOTO Instagram natashaaoon
BERNAMA

Kuala Lumpur: Pemain golf Malaysia Natasha Andrea Oon merangkul naib juara ketiga dalam Jelajah Epson musim ini semasa Kejohanan Island Resort yang menawarkan hadiah US$225,000, berlangsung di Harris, Michigan, Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Atlet berusia 21 tahun itu berada dalam prestasi cemerlang di Kelab Golf Sweetgrass selepas mencatat 67, 68 dan 67, bagi keseluruhan 14 di bawah par, terikat dengan Auston Kim dari Amerika Syarikat untuk gelaran naib juara.

"Saya mendapat markah yang begitu baik hari ini. Ada pukulan putt yang saya boleh lakukan, tetapi dengan keadaan hujan dan sebagainya ia agak pelik. Saya gembira kerana bermain dengan baik.

"Melangkah ke acara seterusnya ... saya rasa saya boleh menang lagi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Pemain kelahiran Kuala Lumpur itu akan beraksi dalam Hartford HealthCare Women's Championship di Great River Golf Club di Milford, Connecticut, pada 14 hingga 16 Julai ini.

Untuk rekod, Natasha Andrea memenangi dua gelaran naib juara pada Kejohanan IOA di California pada Mei dan Casino Del Sol Golf Classic di Amerika Syarikat pada April.

Jelajah Epson merupakan kelayakan rasmi untuk Jelajah Persatuan Golf Wanita Profesional (LPGA) dan mencapai peringkat separuh daripada jadual 2023.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 26 Jun 2023 @ 5:38 PM