GAMBAR hiasan, seorang pemain cuba menangkap karakter Pokemon Go. - Agensi
GAMBAR hiasan, seorang pemain cuba menangkap karakter Pokemon Go. - Agensi
Agensi

Detroit, Amerika Syarikat: Seorang penjenayah yang menjadi buruan pihak berkuasa berjaya ditangkap selepas dia terlalu asyik bermain permainan Pokemon Go sehingga sampai ke sebuah balai polis.

William Wilcox ditangkap pada Khamis lalu apabila anggota polis melihat dia berlegar-legar di hadapan balai polis Milford dekat sini.

Ketika kejadian Wilcox, 24, bermain permainan berkenaan di telefon bimbitnya dan memburu karakter Pokemon sehingga ke depan balai polis itu.

“Dia (Wilcox) memudahkan kerja kami pada hari itu,” kata ketua polis Milford, Thomas Lindberg.

Katanya, beberapa anggota polis pada mulanya berasa curiga melihat seorang lelaki memakai seluar tidur berdiri di hadapan tiang bendera di depan balai polis berkenaan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 Julai 2016 @ 8:32 AM