POGACAR kuasai acara ujian masa di Kejohanan Slovenia. -FOTO Reuters
POGACAR kuasai acara ujian masa di Kejohanan Slovenia. -FOTO Reuters
AFP

Ljubljana: Juara Tour de France dua kali, Tadej Pogacar kembali mengungguli perlumbaan selepas pulih daripada kecederaan apabila mendominasi acara ujian masa di Kejohanan Slovenia.

Pelumba pasukan UAE Team Emirates kembali beraksi buat kali pertama sejak mengalami kecederaan pergelangan tangan dalam kemalangan teruk pada April lalu.

Kecederaan itu nyata tidak mengganggu Pogacar yang dilihat tidak berdepan masalah untuk mengungguli acara ujian masa sejauh 15.7km berhampiran Lake Bled, menewaskan Marko Pavlic lima minit 14 saat dengan jumlah masa keseluruhan 29 minit dan 43 saat.

"Kejohanan kebangsaan adalah persediaan yang baik untuk saya dan ujian yang ideal sebelum Tour de France," katanya.

Pelumba berusia 24 tahun itu juga akan mengambil bahagian dalam perlumbaan lebuh raya sejauh 156km pada Ahad ini.

"Lengan saya lebih baik namun rasa sakit itu masih lagi ada tapi saya tidak lagi berasa tidak selesa dalam latihan," kata Pogacar.

"Kecederaan saya agak mengganggu saya dalam aspek teknikal, tetapi ia tidak mengganggu kaki saya, dan saya dapat berlatih dengan baik.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 23 Jun 2023 @ 11:05 AM