POGACAR merai kemenangan di GP  Montreal. FOTO AP
POGACAR merai kemenangan di GP Montreal. FOTO AP
AFP

Ljubljana: Juara dua kali Tour de France, Tadej Pogacar akan mengetuai cabaran pasukan Slovenia di Kejohanan Lebuh Raya Dunia di Australia manakala juara Olimpik, Primoz Roglic tersisih akibat kecederaan.

Slovenia hanya akan menghantar enam pelumba ke Wollongong untuk kejohanan bermula 18-25 September selepas ketiadaan Roglic, Luka Mezgec dan Matej Mohoric yang berdepan masalah kesihatan.

"Kami tak dapat menetapkan tempo kerana kehilangan dua pelumba," kata jurulatih pasukan, Uros Murn ketika sidang akhbar di Ljubljana semalam.

"Tetapi kami tetap berkeyakinan tinggi," katanya yang menaruh harapan kepada Pogacar berusia 23 tahun yang meraih kemenangan profesional ke-44 selepas menjuarai Grand Prix Montreal kelmarin.

Jan Tratnik, Jan Polanc, Domen Novak, David Per dan Jaka Primozic melengkapkan barisan pelumba Slovenia.

Roglic menarik diri daripada Vuelta minggu lalu selepas terbabit kemalangan ketika menuju penamat peringkat ke-16 yang memusnahkan impiannya memburu gelaran keempat berturut-turut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 13 September 2022 @ 11:23 AM