ZHANG meraikan kemenangannya. FOTO Reuters
ZHANG meraikan kemenangannya. FOTO Reuters
Reuters

London: Zhilei 'Big Bang' Zhang dari China mensasarkan untuk bertemu juara dunia heavyweight dari Ukraine, Oleksandr Usyk selepas menyebabkan Joe Joyce dari Britain mengalami kekalahan profesional kali pertama.

Pengadil, Howard Foster menghentikan pertarungan pada pusingan keenam daripada 12 pusingan yang berlangsung di Arena Copper Box London selepas doktor memeriksa mata kanan Joyce yang bengkak sebanyak dua kali.

"Hari ini kemenangan milik saya. Saya berusia 39 tahun tetapi sangat berdisiplin dan berlatih dengan bersungguh-sungguh. Langkah seterusnya saya mahu beraksi merebut gelaran," kata Zhang yang memberi reaksi tumbukan ke atas sambil menjerit 'Chinese Power'.

Dua daripada tiga juri memberikan mata kemenangan kepada Zhang.

Joyce, 37, adalah juara 'interim' WBO dalam kelas itu, gelaran yang secara automatik menjadikannya pencabar wajib untuk juara WBO, IBO, IBF dan WBA iaitu Usyk. Tyson Fury dari Britain memegang gelaran WBC.

Zhang dan Joyce kedua-duanya adalah pemenang pingat perak Sukan Olimpik di mana Zhang meraih pingat itu di Beijing pada 2008 dan manakala Joyce ketika di Rio de Janeiro pada 2016.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2023 @ 10:26 AM