PETINJU Ukraine, Oleksandr Usyk meraikan kejayaan ke atas Anthony Joshua dalam pertarungan di Jeddah, Arab Saudi, Sabtu lalu. FOTO Reuters
PETINJU Ukraine, Oleksandr Usyk meraikan kejayaan ke atas Anthony Joshua dalam pertarungan di Jeddah, Arab Saudi, Sabtu lalu. FOTO Reuters
Agensi

London: Pertarungan bersejarah antara Tyson Fury dan Oleksandr Usyk untuk merebut gelaran tinju heavyweight dunia akan dianjurkan, kata promoter, Frank Warren, hari ini.

Usyk mempertahankan gelaran WBA, WBO dan IBF selepas menewaskan petinju Britain, Anthony Joshua, Sabtu lalu, sekali gus membuka ruang untuk menentang Fury yang juga juara WBC.

Fury yang digelar Gypsy King sebelum ini mengumumkan untuk bersara, tetapi selepas pertarungan di Arab Saudi ini, dia memberitahu Usyk: "Keluarkan buku cek kamu."

Sejak Lennox Lewis menewaskan Evander Holyfield, tiada petinju yang menguasai kategori heavyweight, tetapi perbincangan diadakan dengan kemungkinan pertarungan diadakan pada Disember.

"Saya rasa ia adalah pertarungan yang perlu diadakan kerana kedua-dua pasukan mahu melihat ia berlaku," kata Warren yang juga promoter bersama bagi Fury kepada BBC Radio 5 Live.

"Selepas pertarungan Sabtu lalu, Usyk berkata dia hanya berminat satu lagi pertarungan dan situasi sama dihadapi Tyson.

"Persoalan sekarang adalah di mana untuk menghasilkan pendapatan paling lumayan kerana ia adalah pertarungan unik, bersejarah dan seluruh dunia menunggu pertarungan ini."

Usyk yang akan pulang ke Ukraine selepas menewaskan Joshua, menegaskan: "Jika tidak bertarung dengan Tyson Fury, saya tidak akan bertinju lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Ogos 2022 @ 2:23 PM