ZAIDATUL (kanan) memenangi pingat emas dalam acara 100m wanita pada kejohanan FT All Comer 2023 di Stadium mini Bukit Jalil. FOTO Fathil Asri
ZAIDATUL (kanan) memenangi pingat emas dalam acara 100m wanita pada kejohanan FT All Comer 2023 di Stadium mini Bukit Jalil. FOTO Fathil Asri
Zulkarnain Azman


Kuala Lumpur: Pelari pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli berada di kelas sendiri apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Kuala Lumpur All Comers, hari ini.

Pelari berusia 30 tahun itu yang mewakili Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) menamatkan perlumbaan dengan catatan masa terpantas 11.74 saat (s).pada aksi final di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.

Dia mengatasi atlet Sabah, Nur Aishah Rofina Aling yang mencatat 12.14s manakala S Komalam yang mewakili Perak ketiga dengan catatan 12.22s.

Menurut Zaidatul, kejohanan kali ini dianggap sebagai pemanas badan buat dirinya sebelum beraksi di Terbuka Filipina yang bermula Selasa ini yang juga sebahagian dari persiapannya menjelang Sukan Sea Kemboja Mei ini.

"Saya jadikan kejohanan ini sebagai medan untuk dapatkan 'feel' sebelum berlari di Terbuka Filipina. Kalau ikutkan keputusan menyertai KL All Comers ini dibuat pada saat akhir atas permintaan jurulatih untuk buat catatan masa sebagai persiapan sebelum ke Filipina," katanya ketika ditemui selepas tamat aksi final.

Sementara itu, saingan 100m lelaki menyaksikan atlet Selangor mendominasi kedudukan podium dengan Adam Hakim muncul juara selepas merakam masa terpantas 10.68s.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mac 2023 @ 6:32 PM