ELENA ketika beraksi menentang Paula. FOTO AFP
ELENA ketika beraksi menentang Paula. FOTO AFP
AFP

Indian Wells: Penyandang juara Wimbledon, Elena Rybakina menempah tiket ke pusingan keempat Indian Wells selepas mencatat kemenangan 6-3, 7-5 ke atas bekas juara, Paula Badosa.

Elena, yang menduduki ranking ke-10 dunia selepas muncul naib juara Terbuka Australia Januari lalu, pernah tumpas dalam tiga pertemuan terakhir ketika menentang Paula.

Dia berkata permainan servis yang mantap dan kelebihan pada beberapa perkara penting membolehkannya mengatasi Paula yang juga pasangan beregunya di kejohanan itu.

Dia melakukan sembilan ace dan mengambil kesempatan di atas tujuh double fault yang dilakukan Paula, sambil mematahkan empat kali servis lawannya dari Sepanyol itu dan hanya sekali sahaja servisnya dipatahkan.

Turut mara ialah Caroline Garcia yang mencatat kemenangan 6-4 6-7 (5) 6-1 ke atas Leylah Fernandez, manakala pemain Ukraine, Lesia Tsurenko menarik diri selepas mengalami serangan panik.

Penarikan diri Lesia membolehkan pilihan keempat, Aryna Sabalenka meraih kemenangan percuma.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2023 @ 8:04 AM