ELENA akan menentang Katerina di perlawanan akhir. FOTO Agensi
ELENA akan menentang Katerina di perlawanan akhir. FOTO Agensi
AFP

Portoroz: Juara Wimbledon, Elena Rybakina menumpaskan Ana Bogdan dengan straight set untuk mara ke perlawanan akhir saingan WTA di Portoroz.

Pemain Kazakhstan yang berada di ranking ke-25 itu menang 6-1, 6-1 untuk mara ke final ketiganya musim ini.

Elena tewas dalam perlawanan akhir di Adelaide kepada pemain Australia Ashleigh Barty, sebelum kejayaan mengejutkan di Grand Slam pada Julai menentang Ons Jabeur di Wimbledon.

Pilihan ketiga itu bermula dengan sukar di Slovenia memerlukan 3 jam 20 minit untuk menumpaskan pemain ranking ke-173, Laura Siegemund di pusingan pertama.

Tetapi pemain kelahiran Rusia berusia 23 tahun itu mempunyai masa untuk pulih apabila lawannya di suku akhir Lesia Tsurenko dari Ukraine menarik diri sebelum perlawanan.

Elena akan memburu gelaran kedua tahun ini dan keempat dalam kariernya, menentang wakil Republik Czech, Katerina Siniakova yang menewaskan Anna-Lena Friedsam dari Jerman 6-1, 7-5.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 September 2022 @ 10:16 AM