AKSI Ashleigh ketika bertemu Paula. FOTO AFP
AKSI Ashleigh ketika bertemu Paula. FOTO AFP
AFP

Miami: Pemain nombor satu dunia, Ashleigh Barty tersingkir di suku akhir WTA Charleston selepas tewas kepada lawan yang menduduki ranking ke-71 dunia dari Sepanyol, Paula Badosa.

Paula melakar kemenangan straight set 6-4, 6-3 sekali gus kemenangan terbesar sepanjang kariernya setakat ini.

Sebelum ini Paula turut cemerlang apabila menewaskan pilihan kelima kejohanan, Belinda Bencic pada pusingan kedua.

"Saya masih lagi berasa terkejut. Selepas pukulan terakhir Ashleigh keluar gelanggang saya sendiri berkata apa sebenarnya berlaku?.

"Apapun saya gembira dengan prestasi diri saya terutama sekali ketika mengawal perasaan gemuruh.

"Ia sangat penting kerana perlawanan seperti ini boleh berakhir dengan sangat sengit," katanya.

Pada aksi separuh akhir, Paula akan bertemu wakil Russia, Veronika Kudermetova yang menewaskan Sloane Stephens 6-3, 6-4.

Paula, bekas juara remaja Terbuka Perancis, adalah pemain yang menduduki ranking paling rendah dapat menewaskan Ashleigh sejak September 2019.

Ashleigh melakukan penampilan pertama di pentas antarabangsa selepas saingan WTA dihentikan sejak tahun lalu berikutan pandemik Covid-19 dengan memenangi Terbuka Miami minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 April 2021 @ 10:34 AM