BARBORA juarai WTA Dubai. -FOTO Reuters
BARBORA juarai WTA Dubai. -FOTO Reuters
AFP

Dubai: Barbora Krejcikova menewaskan Iga Swiatek untuk merangkul gelaran WTA Dubai dan menjadi wanita keempat yang menewaskan tiga pemain terbaik dunia pada kejohanan yang sama.

Kemenangan itu menyaksikan bekas juara Terbuka Perancis, Barbora yang kini menduduki ranking ke-30 dunia meraih gelaran keenam dalam kariernya.

Pemain Czech berusia 27 tahun itu menamatkan enam perlawanan, 12 set kemenangan berturut-turut ke atas Iga dengan keputusan 6-4, 6-2 dalam masa satu jam 31 minit.

Barbora sebelum ini turut menewaskan pemain ranking kedua dunia yang juga juara Terbuka Australia, Aryna Sabalenka di suku akhir dan pemain nombor tiga dunia Jessica Pegula di separuh akhir.

Hanya Venus Williams, Serena Williams dan Aryna berjaya menewaskan semua tiga pemain terbaik dalam satu kejohanan pada tahun 2000.

"Ia satu pencapaian besar yang saya dapat lakukan minggu ini. Saya benar-benar menikmati semua perlawanan, saya suka bermain di gelanggang besar," kata Barbora yang akan naik ke kedudukan 16 dalam ranking dunia esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 26 Februari 2023 @ 10:56 AM