Paris: Pemain Sepanyol, Garbine Muguruza melonjak tiga anak tangga di kedudukan ke-13 dalam ranking WTA hari ini selepas menjuarai Terbuka Dubai, semalam.
Garbine yang juga bekas juara Terbuka Perancis dan Wimbledon menamatkan kemarau dua tahun tanpa trofi dengan menewaskan pemain bukan pilihan dari Republik Czech, Barbora Krejcikova.
Pemain Australia, Ashleigh Barty kekal di tempat teratas tapi pemain Amerika Syarikat, Jennifer Bardy; sensasi Belarus, Victoria Azarenka dan bintang Poland, Iga Swiatek turun satu tangga.
Pemain Belgium, Elise Mertens, yang tewas pada separuh akhir ke atas Muguruza, melonjak mengatasi pemain Britain, Johanna Konta pada kedudukan ke-17.
Ranking WTA:
1. Ashleigh Barty (AUS) 9186 mata
2. Naomi Osaka (JPN) 7835
3. Simona Halep (ROM) 7255
4. Sofia Kenin (USA) 5760
5. Elina Svitolina (UKR) 5370
6. Karolina Pliskova (CZE) 5205
7. Serena Williams (USA) 4915
8. Aryna Sabalenka (BLR) 4815
9. Bianca Andreescu (CAN) 4735
10. Petra Kvitova (CZE) 4571
11. Kiki Bertens (NED) 4505
12. Belinda Bencic (SUI) 4260
13. Garbine Muguruza (ESP) 4235 (+3)
14. Jennifer Brady (USA) 3765 (-1)
15. Victoria Azarenka (BLR) 3665 (-1)
16. Iga Swiatek (POL) 3570 (-1)
17. Elise Mertens (BEL) 3310 (+1)
18. Johanna Konta (GBR) 3206 (-1)
19. Madison Keys (USA) 3075
20. Marketa Vondrousova (CZE) 2957