WOODS bersama anaknya Charlie. -FOTO Reuters
WOODS bersama anaknya Charlie. -FOTO Reuters
AFP

Miami: Tiger Woods tidak pasti bila dia akan kembali bermain golf secara kompetitif sekali lagi tetapi pemenang kejohanan utama sebanyak 15 kali itu berhasrat untuk berehat untuk meningkatkan keupayaannya berjalan dalam beberapa minggu akan datang.

Woods dan anaknya Charlie menamatkan saingan di kedudukan kelapan di Kejohanan Keluarga PNC yang dimenangi Vijay Singh dan anaknya Qass Singh.

Woods yang dibantu menggunakan kereta cart pada acara hujung minggu lalu merancang untuk menguatkan kakinya yang terkesan kerana kecederaan parah pada kaki yang dialami ketika kemalangan kereta Februari 2021 dan terpaksa menggunakan plantar fasciitis yang mengganggu di kaki kanannya.

"Plantar fascitis bukanlah sesuatu yang menyeronokkan dan kini saya mahu benar-benar pulih dan sembuh serta maju ke hadapan dalam perkara ini," kata Woods.

"Terdapat banyak perkara yang dapat saya lakukan secara fizikal dapat memukul bola golf dan berlatih dan melakukan segala-galanya dengan berdiri.

"Tapi saya tidak dapat bergerak dari titik A ke titik B dan kami kini sedang mengusahakannya."

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Disember 2022 @ 11:35 AM