WOODS, Charlie berkongsi kedudukan di tempat kedua. FOTO AP
WOODS, Charlie berkongsi kedudukan di tempat kedua. FOTO AP
AFP

Miami: Tiger Woods dan anak lelakinya Charlie kini berusaha untuk memperbaiki pencapaian tahun lalu apabila muncul naib juara dan kini sedang mengejar rapat Justin Thomas dan ayahnya Mike, di Kejohanan PNC.

Thomas memenangi saingan 36 lubang di Ritz-Carlton di Orlando, Florida pada 2020, mendahului saingan selepas melakukan dua eagle dan 11 birdie untuk melengkapkan catatan 15 bawah par 57.

Manakala Woods berkongsi tempat kedua dengan catatan 13 bawah par bersama juara Masters, Vijay Singh bersama anaknya Qass Singh.

Sejak mereka membuat penampilan sulung pada 2020, tumpuan tertumpu kepada pasangan Woods dengan juara utama 15 kali itu tidak cergas sepenuhnya selain anaknya Charlie, 13, mengalami kecederaan di pergelangan kaki.

Bagaimanapun masalah itu tidak mengganggu prestasi anak beranak itu apabila mereka melakukan birdie di lubang kedua kemudiannya cemerlang dengan birdie seterusnya di lubang keempat hingga ke-11.

Woods turut cemerlang dengan melakukan eagle di lubang kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Disember 2022 @ 1:29 PM