MUHAMMAD Sanusi (kanan) menunjukkan kemahirannya bermain ragbi dalam Kejohanan Ragbi Kubang Pasu 10’S bagi merebut Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Abdul Halim, kelmarin. FOTO ihsan UPDA
MUHAMMAD Sanusi (kanan) menunjukkan kemahirannya bermain ragbi dalam Kejohanan Ragbi Kubang Pasu 10’S bagi merebut Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Abdul Halim, kelmarin. FOTO ihsan UPDA
Saiful Affendy Sapran


Kuala Lumpur: Bukan sahaja lincah menggelecek bola, tetapi masih belum berkarat bermain ragbi.

Itu dibuktikan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor yang menunjukkan kemahirannya bermain ragbi dalam Kejohanan Ragbi Kubang Pasu 10'S bagi merebut Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Abdul Halim, kelmarin.

Menerusi beberapa keping gambar dikongsi di akaun media sosial rasmi miliknya, Muhammad Sanusi dilihat tidak kekok bermain ragbi.

Halaman Facebook (FB) Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA) menyatakan, kejohanan itu anjuran Persatuan Ragbi Daerah Kubang Pasu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kedah.

"Datuk Seri MB masih kelihatan berbisa. Kemahirannya dalam ragbi sejak dari bangku sekolah lagi tidak hilang ketika beraksi bersama bekas-bekas pemain ragbi negeri," tulis status di FB UPDA.

Muhammad Sanusi menyaksikan perlawanan akhir dan kemudian menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang.

Ramai netizen turut memuji kebolehan Muhammad Sanusi aktif dalam sukan yang bukan hanya tertumpu kepada bola sepak sahaja.

Sebelum ini, Muhammad Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dilihat mempunyai kemahiran bermain bola sepak.

"Aku syak MB ni zaman sekolah dulu mesti femes. Semua sukan dia balun," kata Ahmad Zulqurnain Ghazalli di FB.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Julai 2022 @ 11:09 AM