Annika Sorenstam. FOTO AFP
Annika Sorenstam. FOTO AFP
Reuters

London: Juara 10 kali kejohanan utama, Annika Sorenstam akan bertanding di Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat (AS) 2022 di Pine Needles Lodge and Golf Club pada Jun depan.

Annika, 51, menyertai kejuaraan itu dengan reputasi memenangi Terbuka Wanita Senior AS, tahun lalu.

Kali terakhir dia bertanding di Terbuka Wanita AS pada 2008 dan dia adalah pemenang tiga kali pada pertandingan itu.

Pemain yang tersenarai dalam World Golf Hall of Fame memenangi 72 kali Jelajah LPGA dengan kejuaraan terakhir pada 2008. Pada tahun sama, dia mengumumkan untuk berehat daripada saingan golf kompetitif.

Lapangan Pine Needles adalah venue di mana Annika melakar gelaran utama keduanya iaitu Terbuka Wanita AS 1996.

"Saya teruja untuk memperoleh peluang beraksi di Terbuka Wanita AS sekali lagi, terutamanya apabila ia dilangsungkan di Pine Needles," kata Annika dalam satu kenyataan akhbar.

"Saya tidak pernah menjangka akan beraksi sekali lagi, tetapi semuanya berlaku begitu pantas.

"Beraksi dalam salah satu kejohanan terbaik golf wanita di venue yang mempunyai banyak memori menakjubkan buat saya dan dapat melakukannya bersama keluarga memberi makna besar buat kami."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 Februari 2022 @ 11:21 AM